Pembajaan Kelapa Sawit Yang Berkesan  

Posted by: Kempit

BAJA adalah satu komponen penting untuk pertanian. Penanam sawit perlu membekalkan baja yang cukup supaya pokok sawit berupaya mengeluarkan hasil yang maksimum dan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi.

Penanam sawit juga perlu memastikan baja sebatian seimbang untuk pokok sawit ada mengandungi nutrien nitrogen (N), fosfat (P), kalium (K), magnesium (Mg) dan boron (B). Memandangkan harga baja mengalami peningkatan sejak tahun kebelakangan ini dan harga minyak sawit pula mengalami kemerosotan, penanam sawit dinasihatkan supaya terus membekalkan baja kepada tanaman mereka dengan perancangan yang rapi.

Penanam perlu menggunakan strategi penjimatan dengan membekalkan baja secara berhemah dan cekap kepada tanaman sawit mereka dengan kos yang berpatutan tanpa pembaziran dan tanpa kesan kepada alam sekitar. Penanam sawit dinasihatkan mengamalkan langkah penjimatan penggunaan baja seperti;-

1. Jangan bekalkan baja lebih daripada yang diperlukan oleh pokok. Pembajaan yang mencukupi dan seimbang perlulah mengikut potensi hasil tanaman masing masing;
a) Jumlah baja pula ialah 11-12 kilogram setiap pokok setahun bagi kawasan tanaman sawit yang boleh menghasilkan lebih dari 12 tan buah setiap ekar setahun;
b) 9 - 10 kilogram setiap pokok bagi yang boleh menghasilkan lebih dari 10 tan buah setiap ekar setahun;
c) 7 - 8 kilogram setiap pokok bagi yang menghasilkan lebih dari 8 tan buah setiap ekar setahun; dan
d) Hanya 5 - 6 kiolgram setiap pokok setahun bagi yang menghasilkan kurang dari 7 tan buah setiap ekar setahun.

2. Membaja di kawasan akar yang aktif supaya baja yang larut dalam bentuk nutrien mudah diserap oleh pokok dan dapat mengurangkan kehilangan nutrien melalui hakisan, larutresap atau pemeruapan.

3. Pemuliharaan air dan tanah. Tanah perlu sentiasa lembap dan segar dengan dengan hidupan.
a) Biarkan rumpai lembut seperti pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10 peratus hingga 20 peratus untuk menjaga kelembapan tanah dan menurunkan kadar hakisan tanah.
b) Bina parit ladang mencukupi supaya aliran air terkawal dan limpahan air hujan tidak merentasi ladang dan menghakis tanah.
c) Kawasan yang beralun dengan kecerunan yang sederhana perlu bina teres dan permatang (ban) untuk mengurangkan kadar hakisan dan membina takungan keladak untuk menyimpan tanah yang terhakis di antara barisan pokok.

4. Tentukan ladang bebas dari rumpai parasit dan pokok renek. Kawasan membaja di sekeliling pokok perlulah bersih.

5. Lakukan sungkupan dan kitaran semula biojisim kelapa sawit seperti susunan pelepah yang betul dan sungkupan tandan kosong drai kilang sawit.

6. Elakkan membaja dalam musim hujan. Elakkan pembajaan dalam ketika musim tengkujuh iaitu dari November hingga Januari pada setiap tahun.


Untuk tempoh jangka masa panjang, penanam sawit perlu mengamalkan amalan mapan melalui pengurusan ladang yang baik dan penggunaan baja yang mengandungi nutrien seimbang dan mencukupi untuk memastikan produktiviti tinggi sekali gus meningkatkan pendapatan.
innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "NEWS";
innity_zone = "3309";
innity_width = "**";
innity_height = "**";
innity_country = "MY";innity_path = "/200911_2028/8824/";innity_proxy = "proxy_9779";innity_ord = "ord=[timestamp]";
.adv_class {border-bottom:1px dashed #0066CC;}
#adv_striptext a {color:#000000;}

This entry was posted on 5:12 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment