Pening2  

Posted by: Kempit


Salam beb..

Dah lama aku tak mengomel kat korang. Tapi hari nie rasa meluap-luap plak nak menaip kat korang. Masuk tahun 2010 suasana penuh dengan perang psikologi baik dalam media elektronik & cetak begitu juga dalam suasana bermasyarakat. Secara ringkasnye org melaysia sedang bermain politik.

Kita tengok satu demi satu. Yang paling hangat tentunya pasal cerita pasal DSAI & saiful yang skrgpun masih dibicara di mahkamah. Teringat masa zaman student sekitar tahun 98-99, masa 2 aku active jugak la hehhehe. Aku tak berminat nak ulas tentang siapa betul n siapa salah sbb ianya terlalu sensitive n kalu ada yg nak borak2 gak kita guna alternative yg lain hehehhe. Cuma aku tertarik dengan jalan cerita yg seakan-akan menggunakan plot dan tema yang sama seperti 98-99, wataknye pula sebahagian menunjukkan watak lama, namun ada juga watak baru terutamanya watak muda seperti saiful, watak DSAI pula masih sama sebagai tertuduh, watak penghakiman juga ada yg turut terlibat dengan watak edisi lepas, watak pemegang amanah menjaga keselamatan atau bahasa mudahnye polis juga ada sebagaiannye watak yang pernah muncul pada 98-99.

Sebagai org awam, aku mengharapkan proses perbicaraan n penghakiman dapat dibuat dengan memegang asas prinsip keadilan baik di pihak pendakwa tambah2 lagi pada pihak tertuduh. Mahkamah dunia boleh digunakan sebagai kaedah untuk menetukan keputusan dan hukuman berasaskan pendakwaan dan perbicaraan berdasarkan bukti2 dan saksi2 yang ditentukan oleh manusia. Namun, berkemungkinan keputusan yang dibuat masih tidak tepat. Hanya Mahkamah Allah di akhirat penentu kebenaran yang hakiki.

Aku juga tertarik dengan kaedah n maklumat yg disampaikan media. Media seakan hakim yang boleh membuat kesimpulan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, kadang2 media begitu cabul n lancang dalam menyampaikan maklumat baik pada media pro kerajaan mahupun media alternative yang lain. Benarlah kata org pena lebih tajam dari mata pedang. Cuma sekali lg sebagai org awam aku mengharapkan media lebih ‘bebas’ namun tidak ‘bias’ dalam melaporkan maklumat dan berita.

Isu kedua, tentunya pasal kalimah Allah. Isu ini lagi sensitive untuk dibicarakan. Namun, ianya perlu diulas secara ilmiah tanpa perlu dipolitikkan.

Isu ke 3, ketuanan melayu. Aku tertarik dengan isu di PP. Khabarnye ( seperti yg dilaporkan oleh utusan meloya ) org melayu di PP ditindas. Mungkin betul juga isu ini, tapi persoalnnye, bukankah isu ini sejak berkurun lama dah, francis light yg datang kat PP kalu tak silap sejak 1786 mmg dah kebas hak org melayu. Kan asalnye PP di bawah kesultanan Kedah, tapi si org putih nie dah auta lebih n kononnye nak selamatkan kedah n PP dari serangan siam. Sejak itu PP bukan di bawah kuasa melayu. Pasca sebelum n selepas merdeka telah menyaksikan PP telah dikuasai oleh org bukan melayu hinggakan slps merdeka pun PP terus diratah oleh org bukan melayu. Ini bukan isu baru. Cuma apa motif ahli parlimen brahim ali n khabarnye 50 lagi NGO lain ke sana melalak di komtar, adakah suara lalakannye sudah tak terkeluar di pasir mas? Namun, aku puji juga la pada brahim ali nie, Cuma harap mamat nie ehh silap uncle brahim tolong2 tgk kat johor, Melaka, Selangor n negeri2 lain yang banyak tanah n aset2 negeri yg jatuh ke tangan bukan melayu. Aku bukan prejudis pada perkauman, dalam kubur nanti tak ditanya pun org melayu atau tidak, akan ditanya Siapa Tuhan Kamu, Apa Agama Kamu……. Ada ke kena Tanya apa Bangsa kamu ????........ jgn marah yer………

Apa2 pun…. Ini pendapat peribadi aku…. Kalu silap aku mintak maap banyak2…..

Pikir2kan….