Fire Drill  

Posted by: Kempit
















Pagi nie kat office aku Menara TH Selborn diadakan latihan 'Fire Drill'. Tapi yang syoknya aku dah tau awal. So, awal2 aku dah turun dulu guna lif. Kalau tak letih beb guna tangga dari tingkat 22 hehehe.

Mana Enjin F-5E  

Posted by: Kempit

Minggu ini rasanya hari2 orang cerita pasal enjin jet pejuang F-F5E yang hilang pada 2007. Sungguh MEMALUKAN !!!!. Macam mana 2 enjin yang berharga RM50mil setiap satu n lain2 peralatan pesawat boleh lesap dengan mudah?. Tambah menyedihkan ianya lesap semasa di bawah kawalan KEMENTERIAN PERTAHANAN.Seharusnya tempat yang paling selamat bagi menjamin keselamatan adalah tempat di bawah seliaan KEMENTERIAN PERTAHANAN. Malangnya kementerian ini gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya, maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?Yang lebih menyedihkan isu ini seakan disorak n dilindungi dari terbocor kepada awam. Tapi ibarat daun kering di atas dahan, lama kelamaan gugur jua menyembah bumi. Begitu juga dengan perkara keji yang dirahsia, pasti akan terbongkar suatu hari nanti.Persoalannya di sini, Siapa yang perlu bertanggungjawab berkaitan perkara ini? Adakah pihak PDRM, SPRM, Audit Negara, Kementerian Pertahanan dan lain-lain agensi yang berkaitan telah sedia maklum perkara ini? Jika ya, apa tindakan yang telah diambil? Jika tidak, mengapa perkara ini cuba disembunyikan?.

Sampai bila kita harus diperbodohkan dengan isu begini. Jika pak pandir yang terkenal dengan kebodohannya pun akan terguling2 gelak besar jika dia tau cerita pasal enjin jet TUDM hilang. Pak pandir pun akan terfikir mesti ada yang tak kena. Itu kalau pak pandir. Kita yang kata kononnye diri pandai, tapi hidup2 diperbodohkan dgn isu ini.

Agak2 la besar mana erk enjin jet? Kalau besar enjin motor EX5 100cc boleh pikul ajer hehehhehe.

Fikir2 kan

Pembajaan Kelapa Sawit Yang Berkesan  

Posted by: Kempit

BAJA adalah satu komponen penting untuk pertanian. Penanam sawit perlu membekalkan baja yang cukup supaya pokok sawit berupaya mengeluarkan hasil yang maksimum dan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi.

Penanam sawit juga perlu memastikan baja sebatian seimbang untuk pokok sawit ada mengandungi nutrien nitrogen (N), fosfat (P), kalium (K), magnesium (Mg) dan boron (B). Memandangkan harga baja mengalami peningkatan sejak tahun kebelakangan ini dan harga minyak sawit pula mengalami kemerosotan, penanam sawit dinasihatkan supaya terus membekalkan baja kepada tanaman mereka dengan perancangan yang rapi.

Penanam perlu menggunakan strategi penjimatan dengan membekalkan baja secara berhemah dan cekap kepada tanaman sawit mereka dengan kos yang berpatutan tanpa pembaziran dan tanpa kesan kepada alam sekitar. Penanam sawit dinasihatkan mengamalkan langkah penjimatan penggunaan baja seperti;-

1. Jangan bekalkan baja lebih daripada yang diperlukan oleh pokok. Pembajaan yang mencukupi dan seimbang perlulah mengikut potensi hasil tanaman masing masing;
a) Jumlah baja pula ialah 11-12 kilogram setiap pokok setahun bagi kawasan tanaman sawit yang boleh menghasilkan lebih dari 12 tan buah setiap ekar setahun;
b) 9 - 10 kilogram setiap pokok bagi yang boleh menghasilkan lebih dari 10 tan buah setiap ekar setahun;
c) 7 - 8 kilogram setiap pokok bagi yang menghasilkan lebih dari 8 tan buah setiap ekar setahun; dan
d) Hanya 5 - 6 kiolgram setiap pokok setahun bagi yang menghasilkan kurang dari 7 tan buah setiap ekar setahun.

2. Membaja di kawasan akar yang aktif supaya baja yang larut dalam bentuk nutrien mudah diserap oleh pokok dan dapat mengurangkan kehilangan nutrien melalui hakisan, larutresap atau pemeruapan.

3. Pemuliharaan air dan tanah. Tanah perlu sentiasa lembap dan segar dengan dengan hidupan.
a) Biarkan rumpai lembut seperti pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10 peratus hingga 20 peratus untuk menjaga kelembapan tanah dan menurunkan kadar hakisan tanah.
b) Bina parit ladang mencukupi supaya aliran air terkawal dan limpahan air hujan tidak merentasi ladang dan menghakis tanah.
c) Kawasan yang beralun dengan kecerunan yang sederhana perlu bina teres dan permatang (ban) untuk mengurangkan kadar hakisan dan membina takungan keladak untuk menyimpan tanah yang terhakis di antara barisan pokok.

4. Tentukan ladang bebas dari rumpai parasit dan pokok renek. Kawasan membaja di sekeliling pokok perlulah bersih.

5. Lakukan sungkupan dan kitaran semula biojisim kelapa sawit seperti susunan pelepah yang betul dan sungkupan tandan kosong drai kilang sawit.

6. Elakkan membaja dalam musim hujan. Elakkan pembajaan dalam ketika musim tengkujuh iaitu dari November hingga Januari pada setiap tahun.


Untuk tempoh jangka masa panjang, penanam sawit perlu mengamalkan amalan mapan melalui pengurusan ladang yang baik dan penggunaan baja yang mengandungi nutrien seimbang dan mencukupi untuk memastikan produktiviti tinggi sekali gus meningkatkan pendapatan.
innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "NEWS";
innity_zone = "3309";
innity_width = "**";
innity_height = "**";
innity_country = "MY";innity_path = "/200911_2028/8824/";innity_proxy = "proxy_9779";innity_ord = "ord=[timestamp]";
.adv_class {border-bottom:1px dashed #0066CC;}
#adv_striptext a {color:#000000;}

CPO/MSM Dicuri  

Posted by: Kempit

Kilang Kelapa Sawit (KKS), Kilang Penapis dan syarikat pengangkutan yang mengangkut dan mengalih minyak sawit mentah dan minyak sawit bertapis diminta bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan polis bagi menangani kegiatan sedut curi minyak sawit yang berlaku pada masa ini. Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Mohd Basri Wahid, berkata industri dianggar kerugian RM325 juta pada 2007 akibat kegiatan haram itu yang sebahagian besarnya berlaku di Selangor, Johor dan Sabah. “Pengilang dan syarikat pengangkutan perlu menitik beratkan kepada keselamatan dan bertanggungjawab memastikan minyak sawit yang diangkut dan dialih daripada KKS ke kilang penapis dan lain destinasi itu selamat sampai tanpa membabitkan kegiatan haram itu.
“MPOB memandang serius kegiatan sedut curi ini dan akan mempertingkatkan penguatkuasaan melalui kerjasama dengan polis bagi menangani kegiatan haram berkenaan,” katanya. Datuk Dr Basri berkata, walaupun jumlah minyak sawit yang terbabit dalam kegiatan haram ini dianggarkan hanya satu peratus daripada jumlah pengeluaran Malaysia, namun ia menjadi punca kepada berlakunya pencemaran ke atas minyak sawit. “MPOB akan memastikan reputasi dan imej negara sebagai pengeksport minyak sawit berkualiti dan terbesar dunia tidak terjejas dengan kegiatan haram seperti ini.
“Kita akan pastikan bekalan minyak sawit yang dieksport kepada negara pembeli ke seluruh dunia seperti China, Amerika Syarikat, Pakistan, Eropah, India dan lain lain adalah minyak sawit berkualiti tinggi dan bebas dari sebarang pencemaran,” katanya. Beliau berkata, tahun lalu MPOB sudah mengambil tindakan mahkamah ke atas 46 kes membabitkan kegiatan ini dan dengan kekuatan 244 pegawai penguat kuasa MPOB seluruh negara, usaha menangani kegiatan ini akan dilipatgandakan.
“Pada masa ini MPOB sedang dalam proses menggubal bagi mewujudkan peraturan-peraturan baru yang sesuai bagi menangani masalah ini, antaranya peraturan melesenkan syarikat pengangkutan dan penggunaan peralatan GPS oleh lori tangki yang mengangkut minyak sawit.” “Dengan peraturan baru ini kita yakin aktiviti sedut curi minyak sawit dari lori tangki dapat dikawal dan tindakan yang dikenakan melalui peruntukan baru itu akan dapat menghindarkan dari kegiatan ini terus berlaku,” katanya.

Saat Kematian  

Posted by: Kempit

Tanda-tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama daripada Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda2 ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda-tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda tersebut.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada dan mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda-tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi bila Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat Maut ini ujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda-tanda 7 hari sebelum hari mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak mahu makan tetapi secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda-tanda 3 hari sebelum hari mati
Pada ketika ini akan merasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda-tanda 1 hari sebelum hari mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di bahagian belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.
Tanda-tanda akhir sebelum hari mati
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Happy Birthday 2 Me  

Posted by: Kempit

21 Dec lepas genap umur aku 30 tahun huhuhu. Dah makin tua erk aku. Aku, my wife n my sons n along, abg akhmar, dila, herry n eira sambut birthday aku kat MacD Bandar Utama (area Ikea). Aku potong kek kat sana sebagai tanda makin tua hehehhehe.

Aku harap aku lebih berjaya dalam hidup n kerjaya. Menjadi suami n ayah yang baik untuk isteri n anak2. Menjadi anak yang soleh. Menjadi pekerja yang cemerlang. Menjadi lebih beriman InsyaAllah.

Sempena tahun baru 1431Hijrah n tahun 2010 yang akan menjelang, moga2 apa yang dihajati akan tercapai.

Chayok... Chayokkkk

1st Reunion SHA Students (UTM 1997-2001)  

Posted by: Kempit




Pada 19/12/2009 telah diadakan 1 majlis perjumpaan bekas2 pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Perakaunan) UTM Skudai tahun 1997-2001. Majlis telah dibuat di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa KL.




Aku bawak my wife sekali. Tapi anak2 tinggal hehehhe. Malam 2 dapat la aku jumpa kawan2 lama antaranye gjoe, pak dan, mak cik, razi, bagak, yang, maya, nadia. Masing2 bawak keluarga hehehhe.




Tapi ramai lagi member aku yang tak datang antaranye aerol, madzar, jebat, tuah, adi, duan, faizal syarif, faizal adnan, sahama, salman, wak lue, ishe, awie, mail gorgon, mail ADP n ramai lagi. Agaknye dia org ada hal lain kot.




Aku harap ramai lagi yg akan join untuk 2nd reunion akan datang.