Mana Enjin F-5E  

Posted by: Kempit

Minggu ini rasanya hari2 orang cerita pasal enjin jet pejuang F-F5E yang hilang pada 2007. Sungguh MEMALUKAN !!!!. Macam mana 2 enjin yang berharga RM50mil setiap satu n lain2 peralatan pesawat boleh lesap dengan mudah?. Tambah menyedihkan ianya lesap semasa di bawah kawalan KEMENTERIAN PERTAHANAN.Seharusnya tempat yang paling selamat bagi menjamin keselamatan adalah tempat di bawah seliaan KEMENTERIAN PERTAHANAN. Malangnya kementerian ini gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya, maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?Yang lebih menyedihkan isu ini seakan disorak n dilindungi dari terbocor kepada awam. Tapi ibarat daun kering di atas dahan, lama kelamaan gugur jua menyembah bumi. Begitu juga dengan perkara keji yang dirahsia, pasti akan terbongkar suatu hari nanti.Persoalannya di sini, Siapa yang perlu bertanggungjawab berkaitan perkara ini? Adakah pihak PDRM, SPRM, Audit Negara, Kementerian Pertahanan dan lain-lain agensi yang berkaitan telah sedia maklum perkara ini? Jika ya, apa tindakan yang telah diambil? Jika tidak, mengapa perkara ini cuba disembunyikan?.

Sampai bila kita harus diperbodohkan dengan isu begini. Jika pak pandir yang terkenal dengan kebodohannya pun akan terguling2 gelak besar jika dia tau cerita pasal enjin jet TUDM hilang. Pak pandir pun akan terfikir mesti ada yang tak kena. Itu kalau pak pandir. Kita yang kata kononnye diri pandai, tapi hidup2 diperbodohkan dgn isu ini.

Agak2 la besar mana erk enjin jet? Kalau besar enjin motor EX5 100cc boleh pikul ajer hehehhehe.

Fikir2 kan

This entry was posted on 4:56 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment