Kalau tak silap, PM kita ada mengesyorkan penggabungan Felda, Risda & Felcra pada akhir Ogos lepas. Teringat aku apa yg dah terjadi dengan idea penggabungan Sime Darby, Golden Hope & Guthrie kepada 'Synergy Drive' (SD jugak) yang diilhamkan oleh adik PM sendiri.
Tapi akhirnya 'Synergy Drive' jadi Sime Darby, mengangala org2 GH & Guthrie. Skrg ada plak idea cerdik pandai nak gabungkan Felda, Risda & Felcra. Yg menariknya kerajaan ada pegangan dalam ketiga-tiga organisasi nie.
Selalunya kalau PM dah cadang mesti semua angguk 'yes' ajer la. Semua akan ikut n patuh. Mungkin PM tak perasan ada lg satu plantation company yg berasaskan kerajaan iaitu THPB. Adakah THPB juga akan mengekori penggabungan ini ? Org THPB fikir-fikirkan kerana tak mustahil ianya akan berlaku......
Hari ini aku dah mula bertugas sejak cuti MC dari 24/8/2009. Aku dimasukkan ke Tawakal Hospital dari 24/8 sampai 28/8 sebab aku dijangkiti Influenza A. Alhamdulillah setelah dapat rawatan aku dah sembuh dan boleh mula kerja ari nie.
5 hari dok hospital seksa gak rasanya. Dah la kena kuarantin, mcm jadi tahanan ISA plak hehhehe. Mungkin ini ujian yang harus aku tempoh & aku redha. Namun aku dapat rumuskan beberapa pengajaran iaitu:-
1. Redha dengan ujian Allah.
2. Dapatkan rawatan segera jika x sihat.
3. Jaga kesihatan & keselamatan diri & keluarga.
4. Sentiasa berdoa agar dilindungi Allah.
Alhamdulillah aku dah sembuh.